Tuesday, October 4, 2011

good luck....

Jadual perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2011

Selangor lwn Perak
T-Team lwn Sabah
Kelantan lwn Terengganu
Negeri Sembilan lwn Felda United

Selamat berjuang wira-wira bola sepak tanah air terutama buat wira-wira merah (The Red Warriors). Teruskan rentak cemerlang anda untuk memastikan kejuaraan Piala Malaysia kekal milik Kelantan.......!!!

Thursday, August 25, 2011

cinta jarak jauh

apa pendapat korang tentang cinta jarak jauh ye..??
erm some people said that cinta jarak jauh nie memerlukan nilai kesabaran dan kesetiaan yang tinggi..is it true..???
actually cinta jarak jauh nie kadang-kadang banyak dugaannya tapi setiap pasangan itu harus pandai menjaga hubungan supaya ianya berkekalan...
biasalah, kalau dah jauh macam-macam benda yang bermain di fikiran kita
kita sering tertanya-tanya adakah dia sentiasa mengingati kita, adakah dia setia dengan kita..
tapi kita juga harus ingat..diri kita sendiri juga perlu ditanya..
adakah kita setia dengan si dia, adakah kita mengingati dia atau sebaliknya..
cinta jarak jauh memang memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit..
namun apa yang penting adalah kesetiaan..
jika benar kita menyayanginya, setialah dengan dia dan percayakanlah dia walau apa pun yang berlaku..

untuk entry kali nie aku sertakan sebuah lagu yang amat sesuai untuk cinta jarak jauh nie

hepi tapi sedih...

entry yang sangat2 pelik hari ni..
jom aku story kenapa entry aku hari nie pelik...

5 minggu yang lepas, aku meneruskan perjalanan praktikalku ke lab bloodbank...
at first rase excited sbb nie antara lab fevret aku...start kenal2 ngan staf kt sana...
kat lab nie banyak sangat benda yang aku belajar...banyak sangat ilmu yang aku dapat..
and of coz staff kat bloodbank mmg da best staff ever aku pernah kenal..

minggu demi minggu berlalu..
cepat je rasanya kan...dah pun sampai hari last aku berpraktikal kat bloodbank nie..
banyak sangat memory untuk aku kenang..akan aku simpan jadi kenangan terindah dalam hidupku...

berbalik pada entry aku kat atas nie..
actually aku happy sebab aku semakin hampir untuk habiskan diploma aku..
tapi aku dalam masa yang sama aku rasa sedih sebab tak lama lagi nak tinggalkan HUSM nie..
tinggalkan staff yang baik and hopefully aku akan datang balik as a staff kat HUSM nie (wah tinggi benar harapan aku)...


Wednesday, August 24, 2011

kenangan semalam...

wah entry yang menarik nie..hehehe xde la sje jer..actually juz nak upload gmbar2 blood donation semalam...

attendan kesihatan busy mengumpul blood


nurse2 bertugas


barisan MLT berkaki lebar



bila dah xde kerja nak dibuat,,apa lagi borak la kejenya

terima kasih kerana menderma

tak sah blood donation klau xde cabutan bertuah, so nie la antara hadiah2 nye

sesi kaunseling bersama doktor



antara suasana for this event

itu sje untuk entry kali ini....apa2 story nnt i update later...!!!



Tuesday, August 23, 2011

blood donation....

23 ogos 2011
Unit Perubatan Transfusi HUSM
telah menganjurkan program derma darah mega raya
so this is my first time join mobile
agak excited actually
agak ramai yang sudi mendermakan
darah mereka untuk insan
yang memerlukan
terima kasih buat anda yang pemurah
program malam nie mmg best
selain wat kerja
aku boleh gak mengeratkan silaturrahim
dengan staf-staf HUSM terutamanya
staf-staf Unit Perubatan Transfusi
k la tue je untuk entry
malam nie
segala jenis gambar2 dan kenangan malam nie
akan aku update esok
sbb dah penat sgt nie
mata dah nak tertutup
otak dah tepu
dah tak leh wat kerja
pape dah...
so jawapannya TIDO je la



SELAMAT MALAM SAYANG...

Monday, August 22, 2011

something confused...???

Erm apa yang aku konfius pown tak taw la...tapi entry kali ie mmg plik skit tetiba je rasa cam nak post something yang agak meng'konfius'kan diri...Aku pelik ngan perangai makhluk ciptaan Allah S.W.T yang bergelar manusia nie kan...kadang-kadang ok je kalau kita masuk campur dalam hal orang lain tapi kadang-kadang cakap kita nie busybody je.


meh aku story sikit pasal satu benda nie...jeng3 (hahaha gaya suspen)

Di suatu hari yang agak suam2 kuku la,,,hehe ada la sorang mamat nie(merangkap kawan aku la jugak) call aku and story la pasal problem dia ngan awek terchenta dia..haha kira aku nie jadi pendengar setia la konon sebab sebelum nie
sume benda yang berkaitan atau tak berkaitan ngan diorang aku taw..Dia bagitau nak putus (orang putih cakap clash) dengan awek dia tapi dengan penuh usaha dan segala bagai nasihat aku berikan dia tetap jugak dengankeputusan yang tak berapa muktamad dia tu (konon la nak putus tapi dah banyak kali aku dengar nak putus tapi tak jadi2 gak sebab syang punya pasal)..


Nak dijadikan cerita, sebab dah terlampau takut sangat diorang clash dan dek kerana dah banyak sangat masalah dalam kepala otak aku yang tak berapa nak besar nie, aku pun call la sorang lagi member aku nie (kira cam aku dapatkan skuad tambahan la dalam misi nie)....


Punyalah lama telefon berdering barulah ada yang sudi mengangkatnya (nasib baik bukan suara operator cakap "the number you
have dial is not available,please try again later"..haha)...First2 aku cam pelik sebab suara lelaki yang berada di hujung talian sebarang sana (orang yang jawab phone tu la)...lalu aku pown berfikir sejak bila member aku nie bertukar jadi lelaki nie (haha biasalah bila otak dah tak boleh berfikir, macam nie la jadinya)...setelah disiasat (ceh, dah gaya macam CSI dah) barulah kinfirm member aku nie masih wanita dan orang yang 'sudi' angkat phone tadi tue kayu balak, eh silap balak dia rupanya...tanpa melengahkan masa yang ada kat dunia nie, aku terus story kat dia pasal kes di atas (kes member aku nak clash tadi)..Apa lagi, terkezut abis la member aku nie bila aku story camtu...


Setelah beberapa ketika berlalu dan setelah beberapa juta kredit dihabiskan, barulah panggilan ditamatkan dan aku rasa cam baru sedar dari koma (dah takde pape dah dalam otak nie)...so sekarang rileks la aku daripada dibelenggu jahiliah, eh belenggu masalah member aku tadi (haha bukan tak nak simpan tapi kadang-kadang masalah nie kita kena kongsi jugak kan).


After few days, member yang aku call hari tue bagitau something yang agak memeranjatkan aku (ayat suspen habis)..dia cakap camni la lebih kurang :

" Hari tu aku story la kat S (bukan nama sebanar) pasal hal tue then dia cakap kenapa kau tu menyibuk hal peribadi orang lain.Jaga hal sendiri sudah.."


Seriously aku cakap aku memang tak sangka dia bleh cakap camtu...oit encik sukati aku la nak ambil tau hal orang dah dia tu member aku..ada kaitan ngan kau ke (ceh,ayat bengang nie)...Lantak aku la nak sibuk hal orang, aku tak ambil kain kau pown, eh silap lagi aku tak jaga tepi kain kau pown la..yang kau sibuk sangat nak cakap aku busybody pehal..eeeeeeeeeee geram la aku ngan mamat nie..kalau tak keran dia nie balak member aku, dah lama aku serang pakai merian buluh (masuk mood raya la plak)..tapi aku sabar je...THE END
Erm, story dah habis..so kesimpulannya kadang-kadang orang akan cakap bagusnya kita nie sebab ambil tau pasal masalah orang lain tapi kadang-kadang lain pulak jadinya..Orang akan cakap kita nie busybody plak..Masalah sendiri tak settle, ada hati nak settlekan masalah oarng laen..

Sekain,habislah entry untuk kali ini...Nanti kita story lagi yer...

Monday, August 15, 2011

i miss you...


CINTA KADANG-KADANG...

cam pelik je kan dengar entry kt atas...
tapi itu la yang aku rasa...
jom kita story sikit...

KADANG-KADANG saya rasa saya suka awak..
tapi KADANG-KADANG cam tak suka lak...

KADANG-KADANG saya happy bila dpt msj awak...
tapi KADANG-KADANG saya rasa boring lak bila msj ngan awak...

KADANG-KADANG saya rasa saya ambil berat pasal awak...
tapi KADANG-KADANG rasa lantak kau la...

KADANG-KADANG saya rasa saya rindu awak...
tapi KADANG-KADANG rasa rindu tu langsung takde...

KADANG-KADANG saya rasa saya setia ngan awak...
tapi KADANG-KADANG saya rasa nak je cari pengganti awak...

haha banyak sgt kn KADANG-KADANG saya...
tak tahu la kenapa..
tapi satu je yang saya boleh cakap..

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
pada ketulusan aishiteru.....

Saturday, July 30, 2011

SALAM RAMADHAN

1 Ogos 2011
bulan Ramadhan kini menjelang tiba
bulan untuk kita melakukan ibadah kepada Allah S.W.T
bulan yang penuh berkat
SALAM RAMADHAN buat seluruh umat Islam di serata dunia....
semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu pahala buat kita semua
puasa bukan hanya bermaksud kita menahan diri dari lapar dan dahaga
puasa beerti kita haruslah menahan diri dari semua perkara-perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T termasuk menjaga tingkah laku
isilah bulan Ramadhan ini dengan ibadah-ibadah seperti bersedekah, solat terawih dan sebagainya..
Insya'allah dengan melakukan semua itu kita akan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T
amin...
"sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadhan, tahun ini kerana Allah S.W.T"

Thursday, July 28, 2011

amazing free kick by AIDIL ZAFUAN

HARIMAU MALAYA kalah bermaruah...

tahniah buat pasukan HARIMAU MALAYA
meskipun tewas 6-4 kepada SINGAPURA
namun semangat juang yang anda tunjukkan benar2 membuktikan kejayaan sebenar anda
mungkin nasib tidak menyebelahi kita
harap anda semua teruskan perjuangan untuk menaikkan kembali maruah bola sepak MALAYSIA di persada dunia
aksi cemerlang HARIMAU MALAYA disempurnakan oleh gerakan menarik para pemain selain kecekapan penjaga gawang negara KHAIRUL FAHMI CHE MAT
sekalung tahniah buat kesebelasan utama pasukan negara...
SAFEE SALI, ABDUL HADI YAHYA (FAKRI SHAARANI), ISMAIL FARUQI (K. GURUSAMY), AMIRUL HADI ZAINAL,AMAR ROHIDAN, MAHALI JASULI, FADHLI SHAS, AIDIL ZAFUAN (MUSLIM AHMAD), ASRARUDDIN PUTRA, KHAIRUL FAHMI CHE MAT, S. KUNANLAN
sememangnya inilah barisan pemain negara yang tidak henti2 berjuang untuk negara MALAYSIA..
syabas buat anda...
tewas 5-3 di stadium jalan besar menyaksikan HARIMAU MALAYA perlu menang perlawanan timbal balik ini
namun aksi cemerlang mereka gagal untuk menyekat kemaraan SINGAPURA kemasukan AIDIL ZAFUAN untuk mengukuhkan barisan pertahanan nyata tidak berhasil..
dan sekali lagi barisan pertahanan goyah apabila AIDIL ZAFUAN dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan MUSLIM AHMAD..
45 minit pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak namun tiada sebarang gol dihasilkan..
nyata kehebatan penyerang berbisa SAFEE SALI jelas terpancar di babak kedua apabila tenang menyempurnakan hantaran S. Kunanlan untuk memecah kebuntuan gol...
jaringan tersebut sedikit sebanyak membuka kembali peluang MALAYSIA untuk mencipta kejayaan...
sekali lagi kerapuhan benteng pertahanan menghukum pemain MALAYSIA apabila SINGAPURA menghasilkan gol penyamaan sekali gus menjarakkan agregat kepada 6-4..
MALAYSIA terus mengasak namun drama yang dilakukan pemain2 SINGAPURA untuk melengahka masa permainan nyata menyekat kemaraan MALAYSIA...
pemain2 terutamanya KHAIRUL FAHMI CHE MAT perlu dipuji kerana semangat yang mereka tunjukkan untuk mengharumkan nama MALAYSIA tercinta...
apa2 pun keputusan sudah diputuskan...
nasib tidak menyebelahi kita untuk terus mara mencipta sejarah
namun semangat HARIMAU MALAYA dan para penyokong bola sepak MALAYSIA tidak akan pernah padam




selamat berjuang HARIMAU MALAYA

jam 8.30 malam 28 julai 2011
pasukan HARIMAU MALAYA akan turun berdepan SINGAPURA dalam menentukan tempat ke peringkat seterusnya untuk PIALA DUNIA 2014..
seluruh peminat dan penyokong HARIMAU MALAYA mengharapkan agar skuad kendalian K. Rajagopal berjaya membuktikan kehebatan mereka
dengan menundukkan sang singa malam ini...
buat my fevret player,i wish u could do ur amazing free kick again like what u did when MALAYSIA feat TAIWAN...
once again gudluc HARIMAU MALAYA...

Thursday, July 7, 2011

wajah-wajah wira KELANTAN





SYABAS THE RED WARRIORS....

Barisan pertahanan yang ampuh, kelibat penyerang berbisa, kecekapan penjaga gawang dan kemantapan barisan midfield dan pemain sayap. Itulah kata-kata yang sesuai buat JUARA LIGA SUPER 2011, KELANTAN yang akhirnya membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara baru Liga Super buat kali pertama sejak diperkenalkan pada tahun 2004. Norshahrul Idlan Talaha muncul wira pasukan The Red Warriors apabila berjaya menghasilkan dua gol. Bersandarkan pengalaman antarabangsa yang dimiliki, Khairul Fahmi Che Mat berjaya mempertahankan gawang Kelantan daripada dibolosi banyak kali. Syabas buat Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che MAT. Dalam berbangga dengan mereka berdua, kelibat pemain-pemain barisan pertahanan Kelantan yang diterajui oleh Farisham Ismail dan Subramaniam wajar dipuji. Keampuhan benteng pertahanan tampak gah apabila berjaya menahan asakan bertali arus pasukan Sabah. Pengalaman antarabangsa yang dimiliki oleh Farisham Ismail selepas mewakili Malaysia nyata membuahkan hasil apabila setiap serangan daripada pasukan Sabah berjaya dipatahkan dengan cemerlang. Tahniah buat pemain jersi 6 pasukan Kelantan ini. Nama-nama seperti S. Chanturu, Zarul Fitri, Badrul Radzi, Shakir Shaari, Izuan Solahuddin, Ramzul dan Daudsu tidak boleh dilupakan. Permainan yang menarik berjaya ditunjukkan oleh barisan kesebelasan utama pasukan Kelantan. Semalam, Kelantan turun dengan harapan muncul juara buat kali pertama dalam Liga Super dan kemenangan 2-1 ke atas Sabah hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha turut menafikan kemaraan dua pencabar terdekat, Selangor dan Terengganu untuk muncul juara. Kemenangan The Red Warriors semalam juga tidak bermakna tanpa sokongan padu dan doa seluruh peminat bola sepak Kelantan yang sanggup turun ke Sabah untuk menyokong The Red Warriors. Buat kesebelasan pasukan Kelantan dan juga ketua jurulatih, Datuk M. Karathu, syabas dan tahniah buat anda atas kejayaan yang amat bermakna ini dan buat Piala Liga Super 2011, SELAMAT DATANG KE KELANTAN.






Tuesday, July 5, 2011

CINTA...



Betul ke orang cakap cinta perlukan pengorbanan...???
Apa maksud pengorbanan di sini...
Pengorbanan dalam cinta tidak menuntut kita untuk mengorbankan harga diri...
Demi kasih, ada yang sanggup mengorbankan harga diri..
Demi cinta, manusia alpa terhadap ibadat kepada ALLAH S.W.T...
Kita sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi cinta...
Tetapi tidak bolehkah jika kita korbankan sedikit masa yang kita ada untuk beribadat kepada ALLAH S.W.T...
Cubalah korbankan masa untuk tunduk menghadap ALLAH S.W.T. sebagai tanda kita menghargai cintaNya kepada kita...
Limpahan nikmat yang diberikan kepada kita...
Sesungguhnya pengorbanan kepada ALLAH S.W.T lebih besar nilainya daripada pengorbanan dalam cinta yang tidak tentu hala tujunya...
Tanpa izinNya cinta takkan ke mana-mana...
Renungkanlah wahai manusia...
Pengorbanan dalam cinta itu tidak setanding dengan pengorbanan kepada ALLAH S.W.T....



Sunday, July 3, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA

sekalung tahniah buat pasukan bola sepak MALAYSIA yang berjaya layak ke pusingan kedua kelayakan PIALA DUNIA 2014 walaupun tewas di tangan TAIWAN hari ini...jaringan gol di tempat lawan memberi ruang buat pasukan negara untuk layak ke pusingan seterusnya..tahniah buat wira2 negara yang telah mengharumkan nama negara....


Saturday, July 2, 2011


dah lama tak update blog...
maklumlah dah xde benda nak diceritakan
sekarang neyh rutin harian yang biasa ak buat...
bangun pagi2 pastu siap2 nak gi keje...biasa la pergi keje ayah hantar....
sbbnye kereta ada satu je kt umah...
masuk keje kul 8.10 pg smpai 4.55 ptg...
tapi seperti hari2 sebelum nie xde keje nak dibuat...sentiasa free of charge...hehehhehe
blk keje, mandi pastu mkn n cam biasa jugak wat daily report (biarpun rasa cam dah nak termuntah dah wat benda tu tp kena wat jgk sbb markah tu)...
siap je wat report terus terbaring atas katil dan mata perlahan2 tertutup (bkn mati taw tp tertidur)...sudahnya sampai ke esok pagi pulak la bru bgn & rutin harian berjalan seperti biasa....

Sunday, June 26, 2011

dear AWAK...

awak...
xsangka kn dh nak dkat setaun kite knal...
heheheh hope awak xlupa..
start knal awak bln februari 2010 tapi time tu admire je...
sbb muka awak sama ngan seseorang yang saya minat tp xpenah terfikir pown nak knal ngan awak lebih rapat..huhuhu
tp sbb kwn awak la kite leh knal kn...lawak jgk kn..
first tyme jumpe msg2 senyap je xckp pape...heheheh
tp sy hepi sbb dpt jumpe awk face to face..
sbb slalu tgk awk jauh2 je
then dh start msj2 smpai la skarang...
tp yang paling wat sy terharu mase bufday saya..awak bg da best present yang xpenah sy dapat before nie..terharu sgt2..walaupun bru je kita knal..heheheh
segan pown ade gk sbb member2 sume da usik2...
bile jumpe jer kita xbyk ckp kn tp klau msj bleh plak ckp byk..kn3
pelik tol la kan tp sy rasa hepi sgt2 dpt kwn ngan awk...
tp skang da berjauhan...msg2 kejar cita2...macam lagu feminin UNTUKMU tu...
kita bersama mengejar mimpi terpisah sementara ku pasti
awak jgn lupa sy k...msj pown jgn lupa gk...sy pown sama....
xkn lupakn awak yer...hehehehh
segan lak ckp camtu sbb sebelum nie xpenah ckp pown..
msg2 tak luahkan perasaan msg2 kn..
tu la yang susah kn...hehheeh tp xpe la biar je mcm neyh
xde la terikat sgt kn3....awak study elok2 yer biar dpt capai cita2 awak tue...sy kt sini sentiasa doakan awak....tp satu jer sy nak ingatkn
JANGAN LUPA SAYA...k la awak dh byk sgt cite psl awak nie...
next time sy cite lg yer....take care DEAR AWAK...

Monday, June 20, 2011

kau sahabat kau teman sejati

telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati
tulus ikhlasmu juga budimu bagai tiada pengganti
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati
sudah ditakdirkan kau pergi dulu
di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
kupasrah di atas kehendak yang Esa
Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia
tempat yang Dikau janjikan nikmat untuk hambaMu
sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
walauku tahu kau tiada di sisi
perjalanan kita masih jauh beribu batu
selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
bagai semalam kau bersama kami
moga amanlah dan bahagia engkau di sana
setangkai doa juga fatihah terus ku kirimkan
kau sahabatku kau teman sejati

*khas buat sahabat yang telah pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman di sisi Allah S.W.T.

KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI..........................

Thursday, June 16, 2011

NORA ELENA cetus fenomena baru...



slot akasia yang diisi oleh drama NORA ELENA telah mencetuskan fenomena baru dalam masyarakat hari ini...drama yang sememangnya mengangkat tema percintaan itu berjaya menambat hati penonton dengan jalan cerita yang menarik dan penuh dengan elemen romantik...ternyata para pelakon berjaya membawa watak masing-masing dengan begitu cemerlang...Nora Elena, seorang wanita cantik yang terpaksa menerima lamaran seorang lelaki yang tidak pernah diimpikan untuk menjadi suaminya tatkala persiapan perkahwinan dihancurkan dengan putusnya pertunangan antara dia dan Eid sekaligus memberi ruang untuk Seth Tan mengisi kekosongan itu demi menutup malu keluarga..tapi bagi Seth Tan saat itulah yang ditunggu-tunggu kerana Nora Elena menjadi gadis idamannya sejak kecil....namun perkahwinan yang dibina tanpa rasa cinta itu tidak seindah yang disangka...Nora langsung tidak menerima Seth namun kesabaran Seth telah membuka hati Nora untuk terus melupakan Eid dan menerima Seth dalam hidupnya...Sikap romantik Seth pastinya membuatkan ramai wanita di luar sana mengimpikan suami seperti Seth.....

Wednesday, June 15, 2011

praktikal oh praktikal....

Awal-awal dulu punyalah semangat nak berpraktikal
Macam dah tak sabar2 lagi dah
hahaha...
Bila tiba waktunya berpraktikal....
Cam best..
Maklumlah 1st day...
Semua bersemangat nak wat kerja
Habis semua benda nak try
Tapi after few weeks...
Semuanya berubah...
Keboringan mula melanda
Pagi2 masuk kerja tapi dok diam jer tak wat pape...
Dah rasa boring tahap petala kelapan
Tak tau nak cakap ape dah
Tapi redha je la
Nak wat camne lagi dah..
Praktikal oh praktikal
Kusangkakan best
Rupa-rupanya hurmmmm (lu pikirlah sendiri)
Arghhhhhh
Menunggu detik habis praktikal
Cam tunggu orang masuk meminang
Tak sabar-sabar jer..
hahahahhahahha

Saturday, June 11, 2011


my best friends ever...thanx 4 being my friends...
hope our friendship remain forever..sayang korang...

gud job RED WARRIORS

tahniah jgk i nk ucapkan kt wira2 bola sepak kelantan wlaupun kalah di tangan terengganu..
we are proud of u guys...semangat korang mmg sgt kuat utk mncipta kejayaan namun nasib tidak menyebelahi kita...jgn putus asa dan truskan usaha utk lebih maju di masa akan datang..
kekalkan semangat kesukanan anda dan tunjukkan yang kelanta bleh mnjadi pasukan bola sepak yg unggul di Malaysia...GOMO KELATE GOMO
and untuk terengganu
tahniah di atas kejayaan anda merangkul piala FA 2011..

bEst frEnz...


aku xpenah jumpe member se-BEST korang..
yang bleh wat aku happy...yang bleh share anything ngan ak..
walaupun kita knal xlama tp frenship korang amat ak hargai.....
thanx 4 being my frenz..
hope that we'll be frenz forever n ever..
may our frenship remain forever k..
miss u guys so much..
keep in touch ok...