Saturday, July 30, 2011

SALAM RAMADHAN

1 Ogos 2011
bulan Ramadhan kini menjelang tiba
bulan untuk kita melakukan ibadah kepada Allah S.W.T
bulan yang penuh berkat
SALAM RAMADHAN buat seluruh umat Islam di serata dunia....
semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu pahala buat kita semua
puasa bukan hanya bermaksud kita menahan diri dari lapar dan dahaga
puasa beerti kita haruslah menahan diri dari semua perkara-perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T termasuk menjaga tingkah laku
isilah bulan Ramadhan ini dengan ibadah-ibadah seperti bersedekah, solat terawih dan sebagainya..
Insya'allah dengan melakukan semua itu kita akan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T
amin...
"sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadhan, tahun ini kerana Allah S.W.T"

Thursday, July 28, 2011

amazing free kick by AIDIL ZAFUAN

HARIMAU MALAYA kalah bermaruah...

tahniah buat pasukan HARIMAU MALAYA
meskipun tewas 6-4 kepada SINGAPURA
namun semangat juang yang anda tunjukkan benar2 membuktikan kejayaan sebenar anda
mungkin nasib tidak menyebelahi kita
harap anda semua teruskan perjuangan untuk menaikkan kembali maruah bola sepak MALAYSIA di persada dunia
aksi cemerlang HARIMAU MALAYA disempurnakan oleh gerakan menarik para pemain selain kecekapan penjaga gawang negara KHAIRUL FAHMI CHE MAT
sekalung tahniah buat kesebelasan utama pasukan negara...
SAFEE SALI, ABDUL HADI YAHYA (FAKRI SHAARANI), ISMAIL FARUQI (K. GURUSAMY), AMIRUL HADI ZAINAL,AMAR ROHIDAN, MAHALI JASULI, FADHLI SHAS, AIDIL ZAFUAN (MUSLIM AHMAD), ASRARUDDIN PUTRA, KHAIRUL FAHMI CHE MAT, S. KUNANLAN
sememangnya inilah barisan pemain negara yang tidak henti2 berjuang untuk negara MALAYSIA..
syabas buat anda...
tewas 5-3 di stadium jalan besar menyaksikan HARIMAU MALAYA perlu menang perlawanan timbal balik ini
namun aksi cemerlang mereka gagal untuk menyekat kemaraan SINGAPURA kemasukan AIDIL ZAFUAN untuk mengukuhkan barisan pertahanan nyata tidak berhasil..
dan sekali lagi barisan pertahanan goyah apabila AIDIL ZAFUAN dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan MUSLIM AHMAD..
45 minit pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak namun tiada sebarang gol dihasilkan..
nyata kehebatan penyerang berbisa SAFEE SALI jelas terpancar di babak kedua apabila tenang menyempurnakan hantaran S. Kunanlan untuk memecah kebuntuan gol...
jaringan tersebut sedikit sebanyak membuka kembali peluang MALAYSIA untuk mencipta kejayaan...
sekali lagi kerapuhan benteng pertahanan menghukum pemain MALAYSIA apabila SINGAPURA menghasilkan gol penyamaan sekali gus menjarakkan agregat kepada 6-4..
MALAYSIA terus mengasak namun drama yang dilakukan pemain2 SINGAPURA untuk melengahka masa permainan nyata menyekat kemaraan MALAYSIA...
pemain2 terutamanya KHAIRUL FAHMI CHE MAT perlu dipuji kerana semangat yang mereka tunjukkan untuk mengharumkan nama MALAYSIA tercinta...
apa2 pun keputusan sudah diputuskan...
nasib tidak menyebelahi kita untuk terus mara mencipta sejarah
namun semangat HARIMAU MALAYA dan para penyokong bola sepak MALAYSIA tidak akan pernah padam




selamat berjuang HARIMAU MALAYA

jam 8.30 malam 28 julai 2011
pasukan HARIMAU MALAYA akan turun berdepan SINGAPURA dalam menentukan tempat ke peringkat seterusnya untuk PIALA DUNIA 2014..
seluruh peminat dan penyokong HARIMAU MALAYA mengharapkan agar skuad kendalian K. Rajagopal berjaya membuktikan kehebatan mereka
dengan menundukkan sang singa malam ini...
buat my fevret player,i wish u could do ur amazing free kick again like what u did when MALAYSIA feat TAIWAN...
once again gudluc HARIMAU MALAYA...

Thursday, July 7, 2011

wajah-wajah wira KELANTAN





SYABAS THE RED WARRIORS....

Barisan pertahanan yang ampuh, kelibat penyerang berbisa, kecekapan penjaga gawang dan kemantapan barisan midfield dan pemain sayap. Itulah kata-kata yang sesuai buat JUARA LIGA SUPER 2011, KELANTAN yang akhirnya membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara baru Liga Super buat kali pertama sejak diperkenalkan pada tahun 2004. Norshahrul Idlan Talaha muncul wira pasukan The Red Warriors apabila berjaya menghasilkan dua gol. Bersandarkan pengalaman antarabangsa yang dimiliki, Khairul Fahmi Che Mat berjaya mempertahankan gawang Kelantan daripada dibolosi banyak kali. Syabas buat Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che MAT. Dalam berbangga dengan mereka berdua, kelibat pemain-pemain barisan pertahanan Kelantan yang diterajui oleh Farisham Ismail dan Subramaniam wajar dipuji. Keampuhan benteng pertahanan tampak gah apabila berjaya menahan asakan bertali arus pasukan Sabah. Pengalaman antarabangsa yang dimiliki oleh Farisham Ismail selepas mewakili Malaysia nyata membuahkan hasil apabila setiap serangan daripada pasukan Sabah berjaya dipatahkan dengan cemerlang. Tahniah buat pemain jersi 6 pasukan Kelantan ini. Nama-nama seperti S. Chanturu, Zarul Fitri, Badrul Radzi, Shakir Shaari, Izuan Solahuddin, Ramzul dan Daudsu tidak boleh dilupakan. Permainan yang menarik berjaya ditunjukkan oleh barisan kesebelasan utama pasukan Kelantan. Semalam, Kelantan turun dengan harapan muncul juara buat kali pertama dalam Liga Super dan kemenangan 2-1 ke atas Sabah hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha turut menafikan kemaraan dua pencabar terdekat, Selangor dan Terengganu untuk muncul juara. Kemenangan The Red Warriors semalam juga tidak bermakna tanpa sokongan padu dan doa seluruh peminat bola sepak Kelantan yang sanggup turun ke Sabah untuk menyokong The Red Warriors. Buat kesebelasan pasukan Kelantan dan juga ketua jurulatih, Datuk M. Karathu, syabas dan tahniah buat anda atas kejayaan yang amat bermakna ini dan buat Piala Liga Super 2011, SELAMAT DATANG KE KELANTAN.






Tuesday, July 5, 2011

CINTA...



Betul ke orang cakap cinta perlukan pengorbanan...???
Apa maksud pengorbanan di sini...
Pengorbanan dalam cinta tidak menuntut kita untuk mengorbankan harga diri...
Demi kasih, ada yang sanggup mengorbankan harga diri..
Demi cinta, manusia alpa terhadap ibadat kepada ALLAH S.W.T...
Kita sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi cinta...
Tetapi tidak bolehkah jika kita korbankan sedikit masa yang kita ada untuk beribadat kepada ALLAH S.W.T...
Cubalah korbankan masa untuk tunduk menghadap ALLAH S.W.T. sebagai tanda kita menghargai cintaNya kepada kita...
Limpahan nikmat yang diberikan kepada kita...
Sesungguhnya pengorbanan kepada ALLAH S.W.T lebih besar nilainya daripada pengorbanan dalam cinta yang tidak tentu hala tujunya...
Tanpa izinNya cinta takkan ke mana-mana...
Renungkanlah wahai manusia...
Pengorbanan dalam cinta itu tidak setanding dengan pengorbanan kepada ALLAH S.W.T....



Sunday, July 3, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA

sekalung tahniah buat pasukan bola sepak MALAYSIA yang berjaya layak ke pusingan kedua kelayakan PIALA DUNIA 2014 walaupun tewas di tangan TAIWAN hari ini...jaringan gol di tempat lawan memberi ruang buat pasukan negara untuk layak ke pusingan seterusnya..tahniah buat wira2 negara yang telah mengharumkan nama negara....


Saturday, July 2, 2011


dah lama tak update blog...
maklumlah dah xde benda nak diceritakan
sekarang neyh rutin harian yang biasa ak buat...
bangun pagi2 pastu siap2 nak gi keje...biasa la pergi keje ayah hantar....
sbbnye kereta ada satu je kt umah...
masuk keje kul 8.10 pg smpai 4.55 ptg...
tapi seperti hari2 sebelum nie xde keje nak dibuat...sentiasa free of charge...hehehhehe
blk keje, mandi pastu mkn n cam biasa jugak wat daily report (biarpun rasa cam dah nak termuntah dah wat benda tu tp kena wat jgk sbb markah tu)...
siap je wat report terus terbaring atas katil dan mata perlahan2 tertutup (bkn mati taw tp tertidur)...sudahnya sampai ke esok pagi pulak la bru bgn & rutin harian berjalan seperti biasa....